browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Nur Lembah Pangsun (Hulu Langat)

NUR LEMBAH PANGSUN, HULU LANGAT, SELANGOR

Dengan keluasan 20 ekar, Nur Lembah Pangsun meruapakan Eco Resort pertama yang ditubuhkan oleh Kumpulan Nuryang hampir menjangkau 14 tahun kewujudannya. Dengan jenama yang sentiasa disebut-sebut dipinggir bibir pastinya akan membawa anda kepada “BACK TO NATURE”. Simfoni ini mengadaptasikan keindahan dan perkhidmatan yang terbaik bagi pelbagai kategori pelanggan, masyarakat dan juga luar negara.

 

Nur Lembah Pangsun dilengkapi dengan 20 unit chalet, 6 jenis villa dan 2 jenis dorm serta tapak perkhemahan yang unik. Resort ini juga dilengkapi dengan dewan berhawa dingin, dewan terbuka yang selesa serta mempunyai 2 pembahagian tempat dewan makan selaras dengan permintaan pelanggan. Memandang keindahan alam sekitar akan  menambah kesegaran jiwa. Fikiran yang tersimpul kusut terungkai menjadi lurus, perasaan yang kacau dan kecewa terbantu menjadi pulih. Manakala tubuh yang telah dibelenggu rutin kehidupan kota kembali ringan dan bertenaga.

Inilah manifestasi diri dekat dengan alam. Jiwa kembali segar kerana hati terasa hampir dengan Tuhan Maha Pencipta.

 

Ayuhlah kita segera lawati Nur Lembah Pangsun Eco Resort yang hanya mengambil masa selama 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

 

Di Nur Lembah Pangsun (NLP), kami menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut :

(a) Kemudahan NLP

(b) Program dan aktiviti NLP

(C) Pakej NLP

(d) Lokasi NLP 


Leave a Reply


Warning: Unknown: write failed: Disk quota exceeded (122) in Unknown on line 0

Warning: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/tmp) in Unknown on line 0