LANGKAH 1 - NYATAKAN MAKLUMAT DIRI
Sila serahkan kad perniagaan atau nyatakan maklumat berikut kepada kami:
Nama Penuh
Nama Syarikat, Jabatan dan alamat surat menyurat
No. Telefon (& samb.) serta no. telefon bimbit
Maklumat lain yang berkaitan
LANGKAH 2 - DAPATKAN SEBUTHARGA
Semak brosur pakej yang ditawarkan oleh Nur Lembah Lenggong
Nyatakan keperluan program pelanggan
Lengkapkan borang PERINCIAN TEMPAHAN
Dapatkan SEBUTHARGA untuk rujukan tuan
LANGKAH 3 - SAHKAN TEMPAHAN
Lengkapkan BORANG PENGESAHAN TEMPAHAN
Kembalikan SALINAN ASAL borang PENGESAHAN TEMPAHAN kepada kami
Jika menggunakan surat rasmi syarikat, isi kandungannya mesti SERUPA dengan borang
PENGESAHAN TEMPAHAN Nur Lembah Lenggong
LANGKAH 4 - BAYAR DEPOSIT
Bayar deposit 50% daripada jumlah harga dengan secepat mungkin
Jika program ditangguh atau batal, deposit tidak akan dikembalikan
LANGKAH 5 - LAKSANAKAN PROGRAM
Jalankan program menggunakan kemudahan yang telah diluluskan di PERINCIAN TEMPAHAN
Sebarang perbezaan daripada PERINCIAN TEMPAHAN akan dikenakan caj berasingan
LANGKAH 6 - LUNASKAN BAYARAN
Dapatkan Inbois
Lunaskan semua bayaran SEBELUM check-out jika tiada tarikh
lain dinyatakan secara bertulis oleh pihak Nur Lembah Lenggong
NOTA PENTING:
NUR LEMBAH LENGGONG BERHAK MEMILIH TEMPAHAN PELANGGAN YANG TERLEBIH DAHULU MEMATUHI LANGKAH 1 HINGGA 6, JIKA NUR LEMBAH LENGGONG MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.
NUR LEMBAH LENGGONG BERHAK MENOLAK TEMPAHAN PELANGGAN YANG LEWAT ATAU TERKEMUDIAN ATAU TIDAK MENGESAHKAN TEMPAHAN, TIDAK MEMBAYAR DEPOSIT DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA LANGKAH 1 HINGGA 6 DI ATAS, JIKA NUR LEMBAH LENGGONG MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.